Friday, September 24, 2010

~Epilog C.I.N.T.A~

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera...
Minggu depan aku akan memulakan tugas di tempat yang baru, murid baru dan persekitaran yang baru. Harap2 semuanya berjalan dengan baik. Risau dan takut jugak, tapi semua ini perlu dilalui dengan sabar. Hurrmm, dalam kegusaran memulakan tugas, perasaanku masih terganggu dengan memori silam yang menyayat hati. Ya, aku masih terluka. Terluka dan terus terluka. Orang cakap cinta itu buta. Ya, cinta itu memang buta. Cinta diluar nampak begitu indah, tetapi hakikatnya cinta didalamnya sangat berbisa. Bagi aku, tidak semua orang bernasib baik dalam cinta. Dan aku, salah seorang yang malang serta tidak bernasib baik. Malahan, boleh aku simpulkan cinta yang pernah aku agungkan adalah cinta paling kejam di dunia ini. Ya Allah, ampunilah aku dan berilah aku kekuatan untuk menghadapi dugaan ini...

Jiwa manusia cenderung untuk menyukai nikmat dan membenci dugaan. Di saat ini, aku membenci dugaan yang menimpa, tapi aku sedar aku juga telah melakukan kesilapan kerana sering melupakan Yang Maha Esa. Dan sekarang, aku harus menghadapi dugaan yang menyakitkan ini. Kadangkala aku merasa menyesal kerana terjebak dalam cinta. Andai aku tahu akan dikecewakan begini, sudah pasti aku tidak akan menerimanya. Andai aku tahu juga, ingin rasanya aku putarkan masa untuk belajar dan belajar dengan lebih cemerlang daripada terjebak dalam percintaan yang palsu. Tapi semuanya sudah berlaku, dan aku akan cuba untuk memperbaiki kesilapan diri. Semoga kata-kata HAMKA ini dapat aku jadikan motivasi agar aku tidak terus tenggelam dalam lautan kekecewaan.. Menurut beliau, " Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta juga bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat"...

Wednesday, September 15, 2010

Suasana Hari Raya!!!

Haiiii semua, camne dengan raya??? hahaha, for me its just simple... Pagi raya, mcm biasa pegi sembahyang raya, pastu balik dari sembahyang makan.. Makan, makan, makan best wooo.... Lepas tu mulalah berposing dengan adik-adikku... Buat photoshoot katanya, poyo je... Tapi x pe lah, buat kenangan di hari lebaran.. Bergambar punya bergambar sampai letih jadinya,hahaha.. Disebelah nie disertakan beberapa gambar untuk tatapan semua... Entah apa-apalah.. Just for fun,hehehe... Selamat Hari Raya semua, jangan makan byk2 sangat ye,huhu...









































Saturday, September 4, 2010

Raya oh Raya...


Haiiii...ermm tinggal empat hari lagi sebelum raya menjelang.. Cepatnya bulan puasa berlalu.. Raya tahun nie macam biasa je, dan yang pasti rasa tak best sangat..berdebar-debar rasanya.. Sebabnya tengah menunggu surat untuk posting.. Haiiizz, risau dan resah, kat mane la dapat nanti..itu yang menjadi persoalannya.. Ramai kawan2 yang dah dapat surat ke Sabah dan Sarawak. Aku pulak macam mane nanti ek.. Apapun kena menunggu dengan penuh kesabaran... Sabar tu kan separuh daripada iman..^^ Harap2 semuanya berjalan dengan lancar nanti.. Ermm, apa yang bestnya bila hari raya.. tentunya dapat makan banyak makanan yang sedap2 kan.. cerita2 pun banyak ditayangkan.. Biasanya time raya nie la nak tengok cerita yang belum pernah ditonton di pawagam, hahaaha.. Tetapi the most important thing i really like about Raya is TAKBIR RAYA, huhu.. Suka sangat dengar takbir raya.. Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir & batin.. Semoga Aidilfitri ini membawa seribu kegembiraan pada semua.. Kepada kawan2, jemputlah datang beraya ke rumah ye...:)