Friday, November 26, 2010

PELITA ^___^


Tak pernah sesaat daku meragui
Apa yang telah daku temui selama ini
Tak pernah sesaat daku menyesali
Apa yang telah aku nikmati
Apa ku alami
Selagi hayat dikandung badan

Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir

Tak pernah sesaat aku mencurigai
Apa yang telah aku kecapi setakat ini
Tiba saatnya kan ku tangisi
Pada yang pergi takkan kembali
Kembali lagi
Selagi hayat dikandung badan

Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir

Selagi jasadku belum terkubur
Selagi tubuhku belum ditimpa uzur
Pantang datuk nenek moyangku berundur

Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Akan ku pancar cahaya seperti pelita ke seluruh dunia
Akan ku pancar cahaya seperti pelita ke serata dunia
Seperti cahaya...........>'<

P/S : Really love this songs!!

Saturday, November 20, 2010

~ KALI KEDUA ~

~ Me & Dayat ~


~ Kenangan bersama Kak Jun dan kawannya ~


~ Bersama rakan-rakan seperjuangan ~


~ Bersama Aniha ~

~ Bersama K. Nusrah ~



Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Sudah lama benar rasanya tidak menulis sesuatu dalam halaman blog ini.. Bukan apa, kesibukan tugas dan bilangan waktu yang terhad menyebabkan tiada masa dapat diluangkan untuk mengemaskini laman blog yang tidak seberapa ini. Apapun, kelapangan pada musim cuti sekolah ini dapat memberikan sedikit ruang untuk mengirimkan cerita terbaru untuk tatapan dan kenangan kita bersama....:-) Gambar-gambar ini diambil semasa majlis konvokesyen DPLI di UPSI baru-baru ini... Tahniah kepada semua rakan seperjuangan. Semoga terus berusaha menjadi guru yang cemerlang dan gemilang. Insyaallah ada rezeki kita teruskan perjuangan untuk mengenggam "master" pulak ye...amin...