Thursday, December 16, 2010

Selamat Tinggal 2010...



Salam Sejahtera...

Tahun 2010 bakal melabuhkan tirainya... Tahun 2010 merupakan tahun yang penuh dengan suka dan duka. Kesedihan dan kegembiraan silih berganti sepanjang tahun. Namun semua itu akan aku jadikan pengalaman dalam melayari kehidupan yang penuh dengan cabaran...

Tahun 2010 juga menjadi titik permulaan perkembangan dalam kerjaya baruku. Sekarang aku mempunyai tanggungjawab yang besar untuk mendidik anak-anak bangsa menjadi insan yang berjaya dalam pelajaran serta elok budi pekertinya.

Diharapkan semoga tahun baru 2011 yang akan mendatang ini membawa kegembiraan dan sentiasa mendapat keredhaan serta keberkatan daripada Allah S.W.T...

Rentetan aktiviti sepanjang tahun 2010:
Januari : Melakukan miro-teaching pertama dalam kelas. (Pengalaman yang amat berguna kerana dapat berkongsi idea dan bekerjasama mengadakan aktiviti dengan rakan-rakan seperjuangan)
Februari : Menduduki peperiksaan akhir semester 2.
Mac - Mei : Melakukan latihan mengajar di SMK Taman Seraya, Ampang KL. (Menimba pengalaman baru dalam situasi sebenar di sekolah...Gembira sangat dapat berkenalan dan mengajar murid2 yang sporting dan peramah.. Miss 3 wawasan, 3 setia, 3 dedikasi, 4PD1 & 4PD2 so much!!!)
September - November : Memulakan tugas baru di SMJK Chi Wen, Bahau Negeri Sembilan Darul Khusus...:)

Friday, November 26, 2010

PELITA ^___^


Tak pernah sesaat daku meragui
Apa yang telah daku temui selama ini
Tak pernah sesaat daku menyesali
Apa yang telah aku nikmati
Apa ku alami
Selagi hayat dikandung badan

Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir

Tak pernah sesaat aku mencurigai
Apa yang telah aku kecapi setakat ini
Tiba saatnya kan ku tangisi
Pada yang pergi takkan kembali
Kembali lagi
Selagi hayat dikandung badan

Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir

Selagi jasadku belum terkubur
Selagi tubuhku belum ditimpa uzur
Pantang datuk nenek moyangku berundur

Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Akan ku pancar cahaya seperti pelita ke seluruh dunia
Akan ku pancar cahaya seperti pelita ke serata dunia
Seperti cahaya...........>'<

P/S : Really love this songs!!

Saturday, November 20, 2010

~ KALI KEDUA ~

~ Me & Dayat ~


~ Kenangan bersama Kak Jun dan kawannya ~


~ Bersama rakan-rakan seperjuangan ~


~ Bersama Aniha ~

~ Bersama K. Nusrah ~



Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Sudah lama benar rasanya tidak menulis sesuatu dalam halaman blog ini.. Bukan apa, kesibukan tugas dan bilangan waktu yang terhad menyebabkan tiada masa dapat diluangkan untuk mengemaskini laman blog yang tidak seberapa ini. Apapun, kelapangan pada musim cuti sekolah ini dapat memberikan sedikit ruang untuk mengirimkan cerita terbaru untuk tatapan dan kenangan kita bersama....:-) Gambar-gambar ini diambil semasa majlis konvokesyen DPLI di UPSI baru-baru ini... Tahniah kepada semua rakan seperjuangan. Semoga terus berusaha menjadi guru yang cemerlang dan gemilang. Insyaallah ada rezeki kita teruskan perjuangan untuk mengenggam "master" pulak ye...amin...

Friday, September 24, 2010

~Epilog C.I.N.T.A~

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera...
Minggu depan aku akan memulakan tugas di tempat yang baru, murid baru dan persekitaran yang baru. Harap2 semuanya berjalan dengan baik. Risau dan takut jugak, tapi semua ini perlu dilalui dengan sabar. Hurrmm, dalam kegusaran memulakan tugas, perasaanku masih terganggu dengan memori silam yang menyayat hati. Ya, aku masih terluka. Terluka dan terus terluka. Orang cakap cinta itu buta. Ya, cinta itu memang buta. Cinta diluar nampak begitu indah, tetapi hakikatnya cinta didalamnya sangat berbisa. Bagi aku, tidak semua orang bernasib baik dalam cinta. Dan aku, salah seorang yang malang serta tidak bernasib baik. Malahan, boleh aku simpulkan cinta yang pernah aku agungkan adalah cinta paling kejam di dunia ini. Ya Allah, ampunilah aku dan berilah aku kekuatan untuk menghadapi dugaan ini...

Jiwa manusia cenderung untuk menyukai nikmat dan membenci dugaan. Di saat ini, aku membenci dugaan yang menimpa, tapi aku sedar aku juga telah melakukan kesilapan kerana sering melupakan Yang Maha Esa. Dan sekarang, aku harus menghadapi dugaan yang menyakitkan ini. Kadangkala aku merasa menyesal kerana terjebak dalam cinta. Andai aku tahu akan dikecewakan begini, sudah pasti aku tidak akan menerimanya. Andai aku tahu juga, ingin rasanya aku putarkan masa untuk belajar dan belajar dengan lebih cemerlang daripada terjebak dalam percintaan yang palsu. Tapi semuanya sudah berlaku, dan aku akan cuba untuk memperbaiki kesilapan diri. Semoga kata-kata HAMKA ini dapat aku jadikan motivasi agar aku tidak terus tenggelam dalam lautan kekecewaan.. Menurut beliau, " Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta juga bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat"...

Wednesday, September 15, 2010

Suasana Hari Raya!!!

Haiiii semua, camne dengan raya??? hahaha, for me its just simple... Pagi raya, mcm biasa pegi sembahyang raya, pastu balik dari sembahyang makan.. Makan, makan, makan best wooo.... Lepas tu mulalah berposing dengan adik-adikku... Buat photoshoot katanya, poyo je... Tapi x pe lah, buat kenangan di hari lebaran.. Bergambar punya bergambar sampai letih jadinya,hahaha.. Disebelah nie disertakan beberapa gambar untuk tatapan semua... Entah apa-apalah.. Just for fun,hehehe... Selamat Hari Raya semua, jangan makan byk2 sangat ye,huhu...









































Saturday, September 4, 2010

Raya oh Raya...


Haiiii...ermm tinggal empat hari lagi sebelum raya menjelang.. Cepatnya bulan puasa berlalu.. Raya tahun nie macam biasa je, dan yang pasti rasa tak best sangat..berdebar-debar rasanya.. Sebabnya tengah menunggu surat untuk posting.. Haiiizz, risau dan resah, kat mane la dapat nanti..itu yang menjadi persoalannya.. Ramai kawan2 yang dah dapat surat ke Sabah dan Sarawak. Aku pulak macam mane nanti ek.. Apapun kena menunggu dengan penuh kesabaran... Sabar tu kan separuh daripada iman..^^ Harap2 semuanya berjalan dengan lancar nanti.. Ermm, apa yang bestnya bila hari raya.. tentunya dapat makan banyak makanan yang sedap2 kan.. cerita2 pun banyak ditayangkan.. Biasanya time raya nie la nak tengok cerita yang belum pernah ditonton di pawagam, hahaaha.. Tetapi the most important thing i really like about Raya is TAKBIR RAYA, huhu.. Suka sangat dengar takbir raya.. Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir & batin.. Semoga Aidilfitri ini membawa seribu kegembiraan pada semua.. Kepada kawan2, jemputlah datang beraya ke rumah ye...:)

Monday, August 30, 2010

Ramadhan 1431H

Assalamualaikum dan salam ramadhan.. Hari ini genap 20 hari umat Islam menjalani ibadah puasa. Tinggal lagi 10 hari sebelum kita semua menyambut Hari Raya.. Ermm, dah lama rasanya x update blog nie.. Bukan sibuk pun, tp x de mood dan banyak masalah lain yang perlu difikirkan.. Apapun sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, aku perlu untuk ucapkan sesuatu, memanjatkan syukur kerana masih diberikan kesempatan dan peluang untuk menunaikan ibadat puasa serta memohon keampunan pada-Nya diatas kesalahan-kesalahan yang pernah aku lakukan. Ramadhan pada tahun nie juga sama seperti yang sebelumnya, tiada apa yang berbeza, semuanya biasa dan sederhana saja.. Begitu juga dengan raya, biasa-biasa saje.. X de lah rasa excited sangat nak beraya macam kecik2 dulu, semua tu dah berlalu,huhu.. Ok lah, nampaknya terpaksa berundur dulu, ada perkara yang perlu dilakukan.. Insyaallah, aku akan kembali lagi untuk berkongsi cerita lain pula.. Got to go, chawww....><





Thursday, August 5, 2010

~ LUKA ~


Kecewa dan kesakitan yang teramat sangat. Itulah gambaran luka yang terpaksa aku telan. Walau ke mana aku pergi, di mana aku berada, luka ini tetap membelenggu fikiran aku... Tiada lagi senyuman yang mampu aku ukir, semuanya hambar.. Haiiizzzz, kadang-kadang aku merasakan dunia ini sungguh kejam pada aku. Kenapa aku diperlakukan begini??? Kenapa???? Di saat orang lain berbahagia dengan kehidupan mereka, aku pula tersepit dalam penyesalan kisah silam yang tragis... Penipuan demi penipuan yang aku terima telah menjadikan hidup aku kucar-kacir... Semuanya tidak kena dan memusnahkan segala impian indah yang diidamkan... Yang pasti, luka ini sungguh dalam dan meninggalkan parut yang akan kekal buat selama-lamanya.... Arrrgghhhh, sungguh kejam semua nie.. bila difikirkan berulang kali, ingin saja rasanya aku membunuh mereka yang menipu aku.. tapi berbaloi kah semua tu...??? Ya Tuhan ku, bantu lah aku... sampai kapan pun ia akan tersemat dalam insang pemikiranku ini... Cinta amat menyakitkan... siapa yang memerlukannya..??? It's not me anymore... Dan kepada S......,,, i will not forgive you for the rest of my life...!!

Saturday, July 17, 2010

Hometown...:-D






It's been a long time not updated this blog...well, so many things happen.... but nevermind,, i'm here now... I'm in my hometown now...so relaxing but too boring cause no work to do... Can't wait to be back to school and teaching, meet new friends, new students, new environment, & new school... But which school i don't know...hahahahha... need to wait for that, until when i also don't know...huuuhhhhhh, quite nervous actually but this is what i need to do... this is my profession that i recently choose last year...Whatever it is, this is the time that i need to spent in my hometown,,, after a long time leaving home...This is where the place i have been born and raised up...

Tuesday, June 15, 2010

~ Karate Kid..~




THE KARATE KID was awesome!!! One of the best movies i ever seen. I watch it with my good friend, Khairiyah... After planning long time to hang out together, finally we got time to have it... Actually my friend want to watch Lagenda Budak Setan, but as i told her i already watch it, then we decide to watch Karate Kid, hahahaha.... And it worth it.. Happy, sad, funny contains in this film. The main role, Jaden Smith as Xiao Dre did a good job, also Jackie Chan as his karate's teacher. There are also many moral value in this film.... hardworking, independent, responsible, dedicated and full of passion!!! I love Xiao Dre characters, and i hope i can be as brave as him to overcome the fear in life... The theme song also nice... Never Say Never by Justin Bieber... " It's my destiny, I will never say never, I will fight till forever, Whenever u knock me down........." lalalalala......... So u guys, this is the movies you must watch.. Trust me, you wont feel regret... 5 star for this film.. xoxo:-)))))

Saturday, June 12, 2010

New Movies~~~




Lalalalala, today i'm so happy watching new movies at cinemas.. I'm watching with my dear sister.. Hahaha, ceritanya bertajuk "Lagenda Budak Setan" based on novel books.. Hmmm, it just a lovely love story, and very touching too... Well, pada pandangan aku, ianya sebuah kisah cinta sejati yang menyayat hati, penuh dramatik dan penuh unsur kasih sayang dan kekeluargaan... Para pelakonnya juga dapat mempamerkan lakonan yang baik terutamanya Farid Kamil, Que Haidar, Lisa Surihani dan ramai lagi.. Dan yang paling aku nantikan adalah my beloved "Nur Fazura"... Huuhhh, i'm so happy to see her in this film... Walaupun dia bukan heroin dalam cerita ini tapi aku suka dengan watak yang dia bawakan... Matang, berkerjaya, dan menarik.. Huuusshhhhs, she's really pretty especially when smiling.... Apapun ia sebuah filem cinta yang mempunyai elemen perasaan yang sering kita hadapi dalam kehidupan terutama sekali bila berhadapan dengan seseorang yang sangat kita sayangi dan cintai, hukhukhuk.. Untuk filem ini, 4 bintang yang boleh aku bagi... Dan yang pasti aku ingin menyaksikan filem lain yang juga tak kurang hebatnya iaitu " Karate Kids"..... serta yang paling ditunggu-tunggu iaitu TWILIGHT : ECLIPSE... Can't wait for this movies.....~~~xoxo

Friday, June 11, 2010

Sweet dreams...zzzzzz!!!





Haizzz...what a sweet dreams,,,, but its actually was a nigthmare.. so bad... These couple of days i can't sleep well, and it was bad when i'm dreaming about somethings really horrible.. I dont know what to say but its really breaks me down.. Haahhhh....

Sunday, June 6, 2010

My Sweet Memories...

My sweet memories for almost 3 month at SMK Taman Seraya... Miss u guys so much...^^