

Salam Sejahtera...
Tahun 2010 bakal melabuhkan tirainya... Tahun 2010 merupakan tahun yang penuh dengan suka dan duka. Kesedihan dan kegembiraan silih berganti sepanjang tahun. Namun semua itu akan aku jadikan pengalaman dalam melayari kehidupan yang penuh dengan cabaran...
Tahun 2010 juga menjadi titik permulaan perkembangan dalam kerjaya baruku. Sekarang aku mempunyai tanggungjawab yang besar untuk mendidik anak-anak bangsa menjadi insan yang berjaya dalam pelajaran serta elok budi pekertinya.
Diharapkan semoga tahun baru 2011 yang akan mendatang ini membawa kegembiraan dan sentiasa mendapat keredhaan serta keberkatan daripada Allah S.W.T...
Rentetan aktiviti sepanjang tahun 2010:
Januari : Melakukan miro-teaching pertama dalam kelas. (Pengalaman yang amat berguna kerana dapat berkongsi idea dan bekerjasama mengadakan aktiviti dengan rakan-rakan seperjuangan)
Februari : Menduduki peperiksaan akhir semester 2.
Mac - Mei : Melakukan latihan mengajar di SMK Taman Seraya, Ampang KL. (Menimba pengalaman baru dalam situasi sebenar di sekolah...Gembira sangat dapat berkenalan dan mengajar murid2 yang sporting dan peramah.. Miss 3 wawasan, 3 setia, 3 dedikasi, 4PD1 & 4PD2 so much!!!)
September - November : Memulakan tugas baru di SMJK Chi Wen, Bahau Negeri Sembilan Darul Khusus...:)
No comments:
Post a Comment